Showing posts with label waktu bayar. Show all posts
Showing posts with label waktu bayar. Show all posts

Wednesday, August 07, 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum..
salam Ramadhan 28 yea semua..

IH dah pun bayar zakat fitrah utk kami berdua..
sebelum nie, abg yg bayarkan zakat..tapi tahun nie IH bayarkan..
sy dah menjadi tanggungan IH :)

di sini sy kongsikan waktu untuk membayar zakat fitrah..

Waktu bayar Zakat Fitrah

Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...