Showing posts with label ujian HIV. Show all posts
Showing posts with label ujian HIV. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

74 Hari : Ujian HIV & Borang Nikah

Assalamualaikum ..

hurm, menjelang 74 hari je lagi majlis kami..
harap-harap semuanya ok!
semalam, kami plan nak amik borang nikah dekat PAID PD dan setelkan beberapa hal..
sebab kebetulan incik tunang cuti semalam..
tengah hari tu kami keluar dan terus ke PAID PD untuk amik borang nikah..
Alhamdulillah lah sebab belum 'lunch hour' mereka dan tak ramai orang..
so, tak perlulah tunggu lama..
bila sampai turn kami, pegawai bertugas tu juz tanya dtg atas urusan apa..
so, jawapannya nak amik borang nikah la..hihi
pegawai tu pun amik 2 borang untuk kami..
pastu diterangkan satu persatu maklumat yg perlu diisi dalam borang..
memang sangat jelas..terbaiklah!!
tak lama pun kami kat situ, then setelkan urusan di PD..

HIV Test Kit 

plan on da spot, ujian HIV!
baik kami buat terus cz da kebetulan keluar..
oleh sebab kami tau KK PD sangat ramai orang, so kami terus ke KK Lukut..
memang sangat tak ramai kat situ..tapi masa tu 'lunch hour'!! oh no!!
kami terpaksa tunggu setengah jam kat situ sementara pukul 2.00 ptg..haha
tepat pukul 2.00, kami daftar dan diberi 2 borang untuk diisi..
satunya berkenaan maklumat peribadi dan satu lagi soalan berkenaan HIV..
selesai isi borang, kami terus ke Bilik Rawatan untuk ujian darah..

incik tunang sy dipanggil terlebih dulu..
so, sy tengok jela..hihi
Alhamdulillah incik tunang negatif HIV..
ok next, turn sy!! haha..
adoiii kenapalah PPP lelaki ni tak pakai sarung tangan.. 
senang-senang je sentuh tgn ku ini..huh!(kata hatiku)
sebelum diketip jari nie, PPP tu terangkan dulu..
kalau ada 1 je line kat alat ujian tu, maknanya negatif HIV..
dan kalau ada 2 line kat alat tu maknanya positif..tapi tak semestinya positif HIV..
nanti ada ujian susulan..ok fine!!
tak sakit pun cz sy da biasa dicucuk jarum masa derma darah..hihi
Alhamdulillah, 1 line je yg keluar kat alat tu..
so, sy negatif HIV!! 
ok, SETTLE 1 kerja!!
pasnie nak mengadap borang nikah pulak yea..

"bukan senang tau nak kahwin ni"
tu la ayat yg keluar dari mulut PPP yg buat ujian HIV kami..hihi
betul3!!!

# utk makluman, tempoh sah laku Ujian HIV adalah 6 bulan dari tarikh ujian..terima kasih! hihi..
(ada tulis dalam borang ujian nie yea)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...