Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Sunday, September 08, 2013

6 Bulan Bersama

Assalamualaikum..
hai si cantik sekalian alam!
selamat pengantin baru kpd b2b september :)

Alhamdulillah..
arini dah menjangkau usia 6 bulan perkahwinan kami..
mcm dah 6 tahun je kan..hihi
buat masa nie, IH masih berada di sisi..
sebabnya IH dlm mode cuti lagi, belum sihat sepenuhnya..
so hari2 ada kat sini, yippie..
belum pasti lagi bila IH blh start keje..
mudah2an IH cepat sembuh n sihat mcm sebelum nie..
in shaa Allah..

sepatutnya esok kitorg akan g 2nd hanimun..haha
kononnya nak hanimun kat PD je tp katerer bg hotel yg biase sgt..
so kami terpaksa postpone..
hopefully diorg bg tmpt yg best2 sikitlah..

hanimun adalah ditaja oleh pihak katerer kami..
ekceli free dr pakej yg kitorg amik utk majlis hari tu..
so bersabar jelah tunggu respon diorg..
kire untunglah kan ada org nak taja ;) hii..

oklah dear..
tunggu next entri yea..daaa
>_<


Monday, August 19, 2013

Raya Pertama Kami

Assalamualaikum..
hai sweetie..salam syawal ke 12..
sori dah 10 hari tak update blog..
sebab IH masih lagi bercuti dan sentiasa disisi..hihi

seronok beraya tahun nie?
al maklumlah bila dah berdua, seronok tu lain sikit kan..
tahun lepas raya belum ada suami..kan kan..

1 Syawal 1434H (8 Ogos 2013)

Alhamdulillah, raya pertama kami di rumah mak sy..
jenuh jugak pujuk IH..hihi
sehari sebelum raya, kami dah pergi menziarah kubur arwah ayah, nenek, anak buah..
sebelum2 nie kami pergi di pagi raya..

pagi raya tu siap2 n pergi sembahyang raya sama2..
balik dari masjid, salam2 dan bergambar bagai kat rumah..
pastu makan2..menu pagi raya : ketupat, rendang, spagetti bolognese..haha 
tetibe ade western food di pagi raya..

Friday, August 09, 2013

5 Monthiversary

Assalamualaikum..
hai si cantik, salam Syawal..
Alhamdulillah kita masih diberi nafas utk meraikan syawal tahun nie..

dah masuk syawal yg kedua dah pun..
syawal tahun nie berbeza sgt dari tahun2 lepas..
mana taknya, tahun nie kami beraya berdua :)
yeay..first year berdua..

kebetulan juga semalam (8.8.2013) dah masuk 5 bulan pernikahan kami..
dan bergelar suami isteri..
kami bahagia sangat2..syukur..
baby? kami masih berusaha..in shaa Allah..
doakan kami yea korg..
mudah2an Allah kurniakan kami zuriat yg sihat dan comel :) hii..

dalam masa 5 bulan juga macam2 perkara yg jadik..
nak2 nya dekat2 nak raya baru nie..
hebat sungguh dugaanMu ya Allah..
mudah2an kami tabah menghadapi semua nie..
mungkin ada hikmah di sebaliknya..

oklah dear..
selamat membuat persiapan akhir bagi b2b yg akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan syawal nie..
semoga segala yg dirancang berjalan dgn lancar..
in shaa Allah..

SALAM AIDILFITRI 1434H >_<

Wednesday, August 07, 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum..
salam Ramadhan 28 yea semua..

IH dah pun bayar zakat fitrah utk kami berdua..
sebelum nie, abg yg bayarkan zakat..tapi tahun nie IH bayarkan..
sy dah menjadi tanggungan IH :)

di sini sy kongsikan waktu untuk membayar zakat fitrah..

Waktu bayar Zakat Fitrah

Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

Monday, July 29, 2013

Ya Allah, sembuhkanlah suamiku..

Assalamualaikum..
hai sweetie dan bloggers..
selamat malam..

seronoknya bila ada IH disisi kan..
kelmarin,IH buat seprise balik PD..
tiba2 dah muncul depan pintu bilik..
mana taknya, IH tak inform pun nk balik..
mmg tekejut la gegurl..haha
tapiii happy sgttt :)
10 hari tak jumpa..huhu

semalam seharian shopping brg buat kuih..
mmg bestlah kan..hii
ptg after balik shopping, IH tiba2 masuk bilik dgn membongkok..apakah??
igtkan IH main2 coz siap gelak2 lagi..
tapi mmg serius IH tak boleh tegak n terpaksa membongkok..

Ya Allah dugaan apakah ini??
mlm smlm g berurut n katanya rasa kurang sikit..
tapi arini still tak boleh luruskan pinggang..sakit lagi katanya..huhu

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berilah kesihatan yg baik kpd suamiku..
semoga suamiku sihat seperti sebelumnya..
Aminnn Ya Rabbal Alamin..

Monday, July 08, 2013

4th monthiversary

Assalamualaikum..
hai sweetie :)
selamat pagi Malaysia!

Alhamdulillah..
sudah 4 bulan kami bersama..
rasa lain sangat bila dah kahwin..
macam tak percaya lagi yg kami dah bersama..hii
yelaa dulu bile perlu je baru keluar sesama..
dah kahwin, ikut jela ke mana IH pergi bila IH cuti..
tempat isteri kan disisi suami tercinta :)

tinggal esok je lagi before puasa..
Alhamdulillah, ini Ramadhan pertama kami sebagai suami isteri..
memang ada kelainan dari tahun lepas..
IH cuti seminggu..yeayyy!!!

oklah dear, selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak..
mudah2an amal ibadat kita di bulan mulia nie diterima Allah..
aminnn..

Selamat berpuasa! >_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...