Showing posts with label rose felt. Show all posts
Showing posts with label rose felt. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

DIY #12 : Bunga Rozek Felt

Assalamualaikum..

untuk entri kali ni, sy sediakan tutorial bunga rozek daripada kain felt..

kain felt hijau : digunting mengikut bentuk daun

kain felt oren + pink : digunting mengikut cara yg sama untuk buat Rose Felt..

Cara membuatnya :
*gunakan gam UHU untuk melekatkannya..

siappp...!!!


selamat mencuba dengan jayanya..
O_o

Sunday, February 24, 2013

13 Hari : Bunga Rozek Siap

Assalamualaikum..

tadaaa...
bunga rozek utk rakan b2b dah siap!!
sy buat 20 pcs je..
hopefully mencukupi..
>_<

bahagian depan

bahagian belakang

ok, dah boleh mengadap DIY veil nikah pulak pasnie :)
yeayyy...

Tuesday, February 19, 2013

Bunga Rozek @ Rozet untuk Rakan B2B

Assalamualaikum..
hai dearie b2b..

ok tak bunga rozek yg sy buat nie??
hajat di hati buat bunga nie untuk rakan-rakan b2b yg hadir ke majlis sy nanti..
ada ke sape-sape yg datang nanti?? 
cube angkat kening..hii
so, diharapkan korg dapatlah pakai bunga yg tak berapa cantik nie..
ada ke yg sudi pakai?? hii..

sy baru siapkan 4 kuntum nie je..
sy akan cuba siapkan at least 16 kuntum lagi..


bukan apa, kita nie kenal di alam maya jeq dan tak pernah jumpa..
so, nanti takut sy tak cam muka b2b/ex-b2b yg comel-comel tu..hihi
kalau korg pakai, at least sy tau korglah rakan b2b sy :)
wahhh bestnya kalau dpt jumpa kan..
kepada rakan b2b yg hadir, boleh amik bunga nie di meja GB sy yea..

cara nak buat sama je macam buat rose felt, cumanya tak perlu pakai dawai..
tapi kena tambah daun..juge pin..
senang je..nantilah sy buat tutorialnya yea..
>_<

Saturday, February 16, 2013

Teaser : Bunga Tangan Felt


Assalamualaikum..

untuk entri nie sy juz nak share teaser HB sy yg dah 70% siap..
sy gunakan rose felt sepenuhnya..
sy dahpun kongsikan cara buat rose felt dalam entri nie DIY #10 : Rose Felt..
so, boleh rujuk situ yea..

act, HB nie adalah 2nd try..
yg 1st try tu, tak berapa nak ok coz sy juz tampalkan manik kat bhgn tengah bunga ros dan 
takde dawai untuk dicucukkan pada span..
sy juz tampal dawai lepas rose felt siap..so blkgnya tak kemas la..
Alhamdulillah 2nd try ok jugakla cume nampak plak dawai-dawai kaler hijau tu..
kalau tau, baik sy guna dawai silver tuh..huh
tapi, takpe lah..dah siap pun..hihi

ok skrg, jom tengok HB sy kat bawah nie..

bulat n kecik semacam jeq HB sy nie...hahaha

yg nie dah dipakaikan 'skirt' untuk sementara..
tapiii kena touch-up lagik..

mikrofon!! sy gunakan benda nie sebagai asasnya..
namanya pemegang HB..(suke suki je bagi name)
sy beli kat kedai bunga..harganya RM5.90 (depends pada kedai la)
so, sy juz cucukkan rose felt yg dah siap kat span tuh..
senang je kn..tak payah bersusah payah buat pemegang sendiri..hii
>_<

Thursday, February 14, 2013

DIY #10 : Rose Felt

Assalamualaikum..
hai dear..
masih sibuk dengan persiapan??
sy pun masih lagi sibuk dengan macam-macam hal..
di kesempatan ni, sy nak kongsikan sesuatu..

ada yg berminat nak tau macam mana nak buat bunga ros dari kain felt??
kalau search kat mr. google memang banyak caranya..
tapi ini cara sy..hihi
ok, jum tengok!

Bahan-bahan :
- gunting
- gam UHU
- kain felt yg dah dipotong bulat (besarnya ikut suka)
- manik
- dawai (sebatang dawai tu sy bahagikn kpd 3 bhgn)

Cara-cara untuk menggulung :

act, rose felt nie sy gunakan untuk buat bunga tangan nikah dan bunga rozet..
selamat mencuba!! 
>_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...