Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Monday, September 02, 2013

Resipi : Kek Red Velvet Kukus

Assalamualaikum..
hai si cantik sekalian alam..

sy kongsikan resepi kek red velvet kukus nie utk tatapan korg yea..
eh cop! bukan utk tatapan aje, bolehlah cuba :)
buat utk insan tersayang pun boleh, tak payah beli..hii
kpd arein azlan : sy kongsikan resepi nie atas permintaan awk..buat tau!! hihi


Kek Red Velvet Kukus
Sumber : Dapurku Berasap

Bahan-bahan :
3 1/2 cwn tepung gandum
170 gm mentega
2 cwn gula kastor
3 biji telur
4 sudu teh pewarna merah
3 sudu besar serbuk koko
1½ sudu teh esen vanila
1½ sudu teh garam
1½ cwn buttermilk (susu cair campur perahan jus limau)
1½ sudu teh cuka biasa  
1½ sudu teh baking soda (baking powder+soda bikarbonat)

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan telur hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pewarna merah, serbuk koko dan esen vanila. Pukul lagi
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga habis.
4. Akhir sekali, campur baking soda dengan cuka biasa tunggu hingga berbuih dan masukkan ke dalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (sy bahagikan adunan kepada 2 bhgn, kukus 1 bhgn dahulu)

Cream cheese frosting:
500g cream cheese 
250g mentega
200g gula aising
1 sudu jus lemon

Cara penyediaan:
Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu / hiaskan ke atas kek mengikut kesukaan anda.
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk..
dan..Siap!!

Selamat Mencuba >_<

* gambar lain..klik [SINI]

Thursday, July 04, 2013

Resipi : Puding Lapis Nescafe

Assalamualaikum..
hai si cantik pembaca blog pink sy :)
arini sy kongsikan resipi puding lapis nescafe yea..
sy dah cuba buat last week..
nyum nyum!


Puding Lapis Nescafe
Sumber : Umiey Umira

Bahan-bahan:
10gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe dibancuh dengan 1 sudu besar air panas

Cara penyediaan:
1. Panaskan air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih dan tutup api.
2. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
3. 1 bahagian dicampurkan bancuhan nescafe.
4. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan susu cair.
5. Tuang adunan susu dan sejukkan sekejap hingga hampir mengeras dan lapis pula dengan adunan nescafe, teruskan melapis hingga habis.
6. Sejukkan dalam peti ais, sedap dimakan time sejuk-sejuk..

Selamat mencuba..!! 
>_<

Saturday, June 08, 2013

Resipi : Agar-agar Milo

Assalamualaikum..
hai semua!

minggu lepas kerajinan melanda untuk mencuba resipi nie..
so search lah kat mr google dan terjumpa resipi dr sumber nie (link kat bawah)
time tu pulak bahan-bahan semuanya ada..so jadik jela..
dan masa tulis entri nie, semua agar-agar nie dah habis..
so tak sempat nak tinggalkan utk incik hubby..huhu
semalam baru je buat lagi utk dia tapi lain pulak rasanya..
hurmmm..

inilah hasilnya..
agar-agar milo versi Puan Aisyah yea..hoho
sy gunakan bekas ais berbentuk bear coz sgt comel..
kalau berminat, cuba carik kat super/hypermarket..sure ade..
ekceli sy mmg ada bekas nie utk buat coklat..

tadaaaa...
nie lah agar-agar milo bentuk bear yg sy hasilkan..
yg putih tu sebenarnya lebihan susu cair..
terbanyak pulak lebihnya so jadik agar-agar jugak..

Thursday, October 11, 2012

Resipi : Apam Comei Cik Aisyah

 Assalamualaikum..

apam comei kembali..haha
ok, kali ni saya nak berkongsi resipi apam comei..
act resipi ni pun saya amik dari Encik Google..
so, setelah ditambahbaikkan terhasillah apam comei ni..

Bahan-bahannya :
1. Tepung gandum - 260g
2. Gula halus - 220g (saya guna 160g aje sbb letak filling)
3. Telur - 3 biji Gred A (haruslah dari peti sejuk) saya guna 4 biji telur gred D/E
4. Susu cair / susu segar - 150 ml (saya gunakan susu segar DL perisa strawberi..hihi)
5. Baking powder - 3 sudu kecil
6. Ovalette - 2 sudu kecil (saya guna 2 sudu kecil supaya apam lebih lembut)
7. Esen vanilla - secukup rasa (saya guna 2 sudu kecil utk kurangkan bau hanyir telur)
8. Pewarna (ikut suka koranglah yea)
9. Filling (pun ikut suka korang)

Cara membuatnya :
1. Mula-mula, pukul telur sehingga kembang (dgn kelajuan paling maxima). - Gambar 1
2. Masukkan gula dan kacau kembali (dgn kelajuan minima). - Gambar 2
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Teruskan kacau adunan. - Gambar 3 & 4










5. Masukkan 3 sudu kecil baking powder. - Tiada dalam gambar
6. Masukkan 2 sudu kecil ovalette. - Gambar 6
7. Campurkan 2 sudu kecil esen vanilla. - Gambar 7












8. Adunan dah pun siap..!!
9. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut citarasa korang.
10. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Filling pun letak dalam piping bag sekali yea.
11. Susun mangkuk kertas (paper cups) di dalam bekas acuan lompang (bekas merah tu).

















12. Didihkan air di dalam kukus terlebih dahulu.
13. Sambil tu, pipingkan adunan 1/2 daripada mangkuk kertas. Kemudian letakkan filling.
13. Tutup kembali dengan adunan sehingga penuh (jgn terlalu penuh yea..agak-agakla cz nanti dia nak kembang)
14. So, dah siapkan..apa lagi, kukuslah sampai masak yea..(dalam 10-15min)

Inilah hasil kreativiti saya..hihi..comei x?? :)
















# utk buah oren tu saya letakkan filling orange dan buah kiwi pulak saya letakkan filling kiwi..
Best..!! hihi..
Senang je kan..Selamat Mencuba..!! >_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...