Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Thursday, July 04, 2013

Resipi : Puding Lapis Nescafe

Assalamualaikum..
hai si cantik pembaca blog pink sy :)
arini sy kongsikan resipi puding lapis nescafe yea..
sy dah cuba buat last week..
nyum nyum!


Puding Lapis Nescafe
Sumber : Umiey Umira

Bahan-bahan:
10gram serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe dibancuh dengan 1 sudu besar air panas

Cara penyediaan:
1. Panaskan air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih dan tutup api.
2. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
3. 1 bahagian dicampurkan bancuhan nescafe.
4. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan susu cair.
5. Tuang adunan susu dan sejukkan sekejap hingga hampir mengeras dan lapis pula dengan adunan nescafe, teruskan melapis hingga habis.
6. Sejukkan dalam peti ais, sedap dimakan time sejuk-sejuk..

Selamat mencuba..!! 
>_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...