Showing posts with label persiapan ke hospital. Show all posts
Showing posts with label persiapan ke hospital. Show all posts

Monday, May 12, 2014

M2B : Persiapan Ke Hospital

Assalamualaikum..

hai mummy2 sweety..
Selamat Hari Ibu buat ibu2 dan bakal2 ibu :)
semoga sentiasa di bawah lindunganNya dan sihat sejahtera..

cepatnya hari2 berlalu kan..
makin dekat jugak masa utk si comel keluar..

so, dlm 33w sy dah setelkan beli brg2 utk baby n ibu baby..
Alhamdulillah..

barang utk dibawa ke hospital pulak semua dah siap packing..
tunggu nak bawak g hospital je :) wah excited..hii
al-maklumlah sekarang nie tengah tunggu hari je nak deliver kan..dup dap
kwn2 m2b yg lain dah ready?

erm oklah, jom sy listkan brg2 keperluan baby n ibu utk dibawa ke hospital nanti..
so sekarang dah kena make sure barang2 nie dah siap diletakkan dalam kereta n dibawa ke mana sahaja..

Barang Keperluan Baby
  1. Beg bayi
  2. Selimut bayi - 1 helai
  3. Baju & seluar - 3 psg
  4. Sarung tgn & kaki - 3 psg
  5. Pampers Newborn/saiz S - 6 keping
  6. Tuala mandi - 1 helai
  7. Tuala kecil - 1 helai
  8. Tisu basah - 1 pek kecil
  9. Botol susu kecil - 1 botol 
  10. Minyak telon - 1 botol kecil
  11. Kain bedung - 3 helai
  12. Barut - 4 helai
  13. Topi - 1 helai
  14. Mandian, losyen, bedak - 1 set (travel set)
Barang Keperluan Ibu
  1. Beg pakaian
  2. Dokumen2 penting - buku pink, IC
  3. Tuala mandi - 1 helai
  4. Alatan mandi (berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun, syampu)
  5. Kain batik - 3 helai
  6. Stokin - 2 psg
  7. Tudung, getah rambut
  8. Tshirt - 3 helai
  9. Maternity pads - 1 pek (jenama Madame-Pureen)
  10. Termos
  11. Makanan
  12. Minyak angin
  13. Nursing pads - 3 set (jenama Pureen)
  14. Panties - 5 helai (disposable panties)
  15. Nursing bra - 3 helai
  16. Beg plastik - in case nak isi baju kotor
  17. Air zam-zam / Air selusuh
  18. Baju sejuk

ini dia beg ibu n baby yang dah ready kat dalam kereta..hii~
>_<


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...