Showing posts with label inai/henna. Show all posts
Showing posts with label inai/henna. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Review Kahwin #6 : Henna Tak Menjadi

Assalamualaikum..
hai dear b2b, blogger n silent readers..

entri kedua utk hari ni..
sy nak review tentang henna..
mula-mula pakai inai serbuk dari Mekah, tapi tak pekat pun..
pastu mlm before majlis, pakai inai tiub pulak..pekat dan cantek!
inilah hasilnya..
tapi sy rasa amat kecewa..huhu

nak tau kenapa?? jom review gmbr-gmbr kat bawah..

inai malam sebelum nikah..ukiran tu my fren yg buatkan..sy suke!!

Wednesday, March 06, 2013

2 Hari vs 3 Hari

Assalamualaikum..
hai dear b2b..
diam tak diam dah tinggal 2 Hari menjelang akad nikah dan 
3 Hari menjelang majlis raikan cinta..
fuhhhhhhhh...
macam-macam dah rasa skrg nie..
tak tergambar dah nie..

semalam, 5 Mac - fitting done!
yeahhh..at last settle jugak..
urusan kami dipermudahkan dan rundingan damai dilakukan..hahaha
al-kisah sebelumnya kat SINI yea..

arini, sy pergi memanjakan diri kat spa..
wahhh..sgt best!! hihi..
al-maklumlah ada org nak sponsor..best lah kan..
thanx so much to my sis+niece coz sudi sponsor >_<
pakej cleopatra : sauna, lulur, mandian, urutan = RM130
best n lega sgt..

malam nie, nak pakai inai..!!
wahhh tetbe xcited bagai pulak..hii
pakai awal sebabnya takut inai tu tak merah..
sy gunakan inai serbuk dari Mekah..
so, mlm nie anak buah sy tlg pakaikan inai..
mlm esok kwn sy plak pakaikan inai ukiran..

esok, bridal dtg pasang pelamin..
org khemah dtg psg khemah utk majlis hari jumaat..
so, sy dah mula bz..!!
sori kalau tak sempat nak update nanti yea..
jumpa ari sabtu nt yea dear b2b..
in shaa Allah
O_o

Thursday, December 13, 2012

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Gambar sekadar hiasan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak dan ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Sumber : e-fatwa

Inai/Henna Perkahwinan

Assalamualaikum..

inai!! 
haha..tetiba teringin pulak nak pakai inai ukir-ukir nie utk nikah..
bukannya dapat pakai selalu kan..
inilah masanya..hii
so, carilah kat google..
macam-macam rupa corak ada..
harga pun bergantung pada corak yg dipilihdan ada juga yg tawarkan pakej..
ada yg mahal, ada yg murah..
pandai-pandailah cari yea..
kebanyakannya area Selangor, maknanya kalau nak ke tempat saya ada caj tambahan untuk transport..

Alhamdulillah..
saya dah jumpa harga yg agak berpatutan..
dan baru je deal dengan tuan tanah henna >_<
hihi..
masanya untuk kumpul duit untuk dapatkan perkhidmatan henna itu..lalala~
hopefully memuaskan hati saya nanti..

saya suka corak yg agak simple..
antaranya...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...