Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum..

hai bakal2 mummy kat luar sana, semoga sihat hendaknya..
hari nie sy sharekan doa ketika bayi dalam kandungan untuk amalan kita..
mudah-mudahan semua urusan kita dipermudahkan Allah, in shaa Allah..


Monday, July 29, 2013

Ya Allah, sembuhkanlah suamiku..

Assalamualaikum..
hai sweetie dan bloggers..
selamat malam..

seronoknya bila ada IH disisi kan..
kelmarin,IH buat seprise balik PD..
tiba2 dah muncul depan pintu bilik..
mana taknya, IH tak inform pun nk balik..
mmg tekejut la gegurl..haha
tapiii happy sgttt :)
10 hari tak jumpa..huhu

semalam seharian shopping brg buat kuih..
mmg bestlah kan..hii
ptg after balik shopping, IH tiba2 masuk bilik dgn membongkok..apakah??
igtkan IH main2 coz siap gelak2 lagi..
tapi mmg serius IH tak boleh tegak n terpaksa membongkok..

Ya Allah dugaan apakah ini??
mlm smlm g berurut n katanya rasa kurang sikit..
tapi arini still tak boleh luruskan pinggang..sakit lagi katanya..huhu

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berilah kesihatan yg baik kpd suamiku..
semoga suamiku sihat seperti sebelumnya..
Aminnn Ya Rabbal Alamin..

Monday, February 13, 2012

13 Tahun Pemergian Ayahanda

assalamualaikum..

13 Februari 2012..
genaplah 13 tahun pemergian ayahanda tercinta buat selama-lamanya..
Allah lebih sayangkan ayah..
semoga ayah sentiasa tenang di SANA dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
amin~~

-al fatihah-

Wednesday, January 04, 2012

Doa

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kebahagiaan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan


Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin..Ya Rabbal A'alamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...