Showing posts with label apam comei. Show all posts
Showing posts with label apam comei. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Jemput Singgah Yea!

Assalamualaikum..
hai si cantik yg sedang baca blog sy :)
selamat petang!

terima kasih sebab sudi singgah kat entri nie..hihi
ekceli sy nak jemput adik manis semua jenguk2 blog baru sy..
Aisyah's Delight berkisar tentang hasil kerja tangan sy di dapur..hoho

memandangkan sebelum kahwin pun sy mmg seorang 'suri rumah', makanya sy penuhi dgn membuat apam comei dan coklat homemade..
Alhamdulillah ada rezeki sy..
cuma masa sibuk dgn persiapan kahwin, tak sempat nak buat..
2 bulan lepas kahwin pulak, masih menjadi suri rumah dan baru terima balik tempahan..hii
mood hanimun lama betul :)

arini baru je sy wujudkan blog baru..
mudah2an rezeki sy akan bertambah lepas kahwin nie..
aminnn..

jom singgah sini yea!


Wednesday, May 08, 2013

Apam Comei Kembali

Assalamualaikum..
hai hai hai..

apam comei sy kembali lagi..
waahhh lame sgt bercuti dr buat apam comei nie..
since before kawen kot..
last buat utk hantaran kahwin je..
fuhhh lame tu..

tah knape tibe2 arini terajin pulak nak buat..
mood suda datang..
dapatlah 80biji..
50biji utk dijual, selebihya utk ditelan..
hohoho..

bisnes kembali lagi..
ade sape2 nk order tak? hii..

Sunday, January 13, 2013

Take 5 : Apam Comei

Assalamualaikum..
hai hai hai..
jemput singgah cuci mata jap yea..
saje nak promote apam comei yg sy buat nie >_<
interested?? 
macam-macam adaaaa...

FB : Apam Comei

polkadot + ladybug + bee

strawberry + orange

angrybird

tembikai merah

angrybird + hello kitty + ninja turtles

ninja turtles

hello kitty

ladybug + bee



Sunday, November 04, 2012

Hujung minggu yg sibuk!

Assalamualaikum..

salam ahad semua!
apa program hujung minggu korang yea??
mesti ada yang sibuk mengemas rumah, berkelah, mengadap komputer dll kn..
program saya pula??
saya sibuk dengan apam comei dan coklat handmade la..
al-maklumlah, sejak jadi 'suri-rumah' ni kenalah cari duit dengan bisnes..haha

semalam saya sibuk menyiapkan 100 biji apam untuk tempahan..
taklah banyak sangat kan??
tapi.......disebabkan banyak apam yang tak jadi, kenalah buat lagi dan lagi..
jenuh jugak nak menghabiskan 3 adunan..fuhhh~
tah kenapalah apam ni buat hal pulak..
ada yang tak berapa masak, tak naik (gebu) dan lava filling terkeluar..
so, takkan lah nak bagi orang yang tak perfect kan??
tu yang kena buat sampai semuanya cukup 100 biji dan ok!!
bayangkan dari pukul 1.30 ptg sampai pukul 11.00 mlm baru selesai semuanya..
berhenti pun untuk solat..
letihhhh nya...
untunglah sebab ada pembantu (anak buah) untuk selesaikan masalah ni..
kalau sorang-sorang, jenuh sampai arini pun belum tentu siap..
so, yang tak berapa nak jadi tu ada dalam tupperware untuk dimakan!
banyak kot..haha makan sampai lebam~

arini pulak, saya sibuk menyiapkan coklat oreo untuk dijual..
Alhamdulillah dapatlah menyiapkan 100 biji pagi tadi dengan bantuan anak buah saya juga..hii
jadi, petang-petang ni bolehlah bersantai >_< 

jum cuci mata tengok hasil kerja tangan saya..hii



Saturday, October 13, 2012

Jemput Cuci Mata

Assalamualaikum..
haha..dah xde keje lah ni kan..
so jum layan je design apam comei saya ni..
kat dalamnya ada filling strawberry, blueberry dan orange..
nak rasa?? 




Thursday, October 11, 2012

Resipi : Apam Comei Cik Aisyah

 Assalamualaikum..

apam comei kembali..haha
ok, kali ni saya nak berkongsi resipi apam comei..
act resipi ni pun saya amik dari Encik Google..
so, setelah ditambahbaikkan terhasillah apam comei ni..

Bahan-bahannya :
1. Tepung gandum - 260g
2. Gula halus - 220g (saya guna 160g aje sbb letak filling)
3. Telur - 3 biji Gred A (haruslah dari peti sejuk) saya guna 4 biji telur gred D/E
4. Susu cair / susu segar - 150 ml (saya gunakan susu segar DL perisa strawberi..hihi)
5. Baking powder - 3 sudu kecil
6. Ovalette - 2 sudu kecil (saya guna 2 sudu kecil supaya apam lebih lembut)
7. Esen vanilla - secukup rasa (saya guna 2 sudu kecil utk kurangkan bau hanyir telur)
8. Pewarna (ikut suka koranglah yea)
9. Filling (pun ikut suka korang)

Cara membuatnya :
1. Mula-mula, pukul telur sehingga kembang (dgn kelajuan paling maxima). - Gambar 1
2. Masukkan gula dan kacau kembali (dgn kelajuan minima). - Gambar 2
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Teruskan kacau adunan. - Gambar 3 & 4










5. Masukkan 3 sudu kecil baking powder. - Tiada dalam gambar
6. Masukkan 2 sudu kecil ovalette. - Gambar 6
7. Campurkan 2 sudu kecil esen vanilla. - Gambar 7












8. Adunan dah pun siap..!!
9. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut citarasa korang.
10. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Filling pun letak dalam piping bag sekali yea.
11. Susun mangkuk kertas (paper cups) di dalam bekas acuan lompang (bekas merah tu).

















12. Didihkan air di dalam kukus terlebih dahulu.
13. Sambil tu, pipingkan adunan 1/2 daripada mangkuk kertas. Kemudian letakkan filling.
13. Tutup kembali dengan adunan sehingga penuh (jgn terlalu penuh yea..agak-agakla cz nanti dia nak kembang)
14. So, dah siapkan..apa lagi, kukuslah sampai masak yea..(dalam 10-15min)

Inilah hasil kreativiti saya..hihi..comei x?? :)
















# utk buah oren tu saya letakkan filling orange dan buah kiwi pulak saya letakkan filling kiwi..
Best..!! hihi..
Senang je kan..Selamat Mencuba..!! >_<

Wednesday, October 10, 2012

Conteng-conteng

Assalamualaikum..

taraaa..
apam comei kembali lagi..hihi
ok, inilah hasil selepas 3 kali cubaan..
konon-konon nak tunjuk kreatif sangatlah ni..
so, inilah hasilnya..
macam-macam rupa ada..
buah strawberi, kiwi, tembikai (xberapa nk jadi), bug dll..

ini gambar selepas contengan dibuat


dan yang ni pulak selepas apam dikukus


comei tak??
bila dah jadi macam ni rasa sayang pulak nak makan..hihi
so, dah boleh buat bisnes ke belum erk??
haha..berangan pulak..

Hobi Baru

Assalamualaikum...
hai hai hai..
saya nie sekejap ada sekejap xde kat blog ni kn..hee
al-maklumlah, kemalasan melanda..
hari ni tiba-tiba datang pulak mood nak mengedit blog comel ni..haha

tadaaa...
blog saya sudah berwajah baru..
*>_<*
so, mood pun baru jugaklah..
hihi..

erm, bercerita tentang hobi baru..
nak tau ke?? hurmm..
hobi ke?? tahlah..
sebenarnya cuma keinginan mencuba aje..
so dipendekkan ceritanya..
saya ni dah lama teringin sangat buat apam polkadot..
tengok org buat nampak kiut miut sangat..
jadi, baru-baru ni saya pun carilah resipi di Google n tgk video di Youtube..
jumpa tu memanglah jumpa..
tapi nak membuatnya, xtaulah apa yg akan terjadi..haha

bila bahan-bahan yg diperlukan dah ada, operasi pun bermulalah..
ok, utk kesekian kalinya..cubaan pertama saya gagal..sedih jgaklah :(
sebab apa gagal, xpastilah..mungkin bahan-bahan dicampurkan xikut turutan yg betul..
tapi xpe..saya nak cuba lagi..
so, esoknya saya buat lagi..cubaan kedua jadi jugaklah tapi saya guna 1/2 adunan aje..
sebabnya takut membazir lagi..hihi

bila dah seronok buat apam ni, saya pun buat lagi selang seharinya..
Alhamdulillah cubaan ketiga betul-betul menjadi..
gembira sangat!!~ haha..
so, xsia-sia saya mencuba lagi..

Cubaan 1


Cubaan 2













Cubaan 3













nyum nyum *_*
*filling nya adalah blueberry..bukan blackberry yea..hii~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...