Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Bunga Tangan Pearl Untuk Dijual!

Assalamualaikum..

hai bakal b2b kat luar sana! 
sy nak JUAL hb yg sy gunakan masa nikah nie..
ada yang berkenan dan berminat??
harga kasih sayang sy bagi :)
boleh emel terus kat sy yea..hee tq!!




boleh tengok review DI SINI yea..

♥♥♥

Wednesday, February 27, 2013

DIY #12 : Bunga Rozek Felt

Assalamualaikum..

untuk entri kali ni, sy sediakan tutorial bunga rozek daripada kain felt..

kain felt hijau : digunting mengikut bentuk daun

kain felt oren + pink : digunting mengikut cara yg sama untuk buat Rose Felt..

Cara membuatnya :
*gunakan gam UHU untuk melekatkannya..

siappp...!!!


selamat mencuba dengan jayanya..
O_o

Tuesday, February 26, 2013

DIY #11 : Bunga Tangan Pearl

Assalamualaikum..
sy nak kongsikan cara buat pearl HB untuk tatapan korg sume..
hopefully dapat membantu yea..
act pearl HB nie sy gunakan masa nikah nanti..

peach + cream pearl

Bahan-bahannya adalah :
1. pearl 
(sy gunakan kaler peach 10mm : 300 butir, cream 10mm : 75 butir)
2. dawai lembut (gold/silver)
3. dawai dibahagi kepada 3 bhgn
4. dawai telah siap dipotong

Cara membuatnya : 

inilah hasil pearl yg dah siap dipintal oleh sy sendiri..
tadaaaa..
(cream pearl takde dalam gambar)
memang sangat gigih memintal yea..
dan sangat puas hati sebab dapat buat sendiri..yeeehaaa~
kalau korg nak buat, kena sabar dan tekun ok..hihi

selamat mencuba..!!!
O_o

Sunday, February 24, 2013

13 Hari : Bunga Rozek Siap

Assalamualaikum..

tadaaa...
bunga rozek utk rakan b2b dah siap!!
sy buat 20 pcs je..
hopefully mencukupi..
>_<

bahagian depan

bahagian belakang

ok, dah boleh mengadap DIY veil nikah pulak pasnie :)
yeayyy...

Tuesday, February 19, 2013

Bunga Rozek @ Rozet untuk Rakan B2B

Assalamualaikum..
hai dearie b2b..

ok tak bunga rozek yg sy buat nie??
hajat di hati buat bunga nie untuk rakan-rakan b2b yg hadir ke majlis sy nanti..
ada ke sape-sape yg datang nanti?? 
cube angkat kening..hii
so, diharapkan korg dapatlah pakai bunga yg tak berapa cantik nie..
ada ke yg sudi pakai?? hii..

sy baru siapkan 4 kuntum nie je..
sy akan cuba siapkan at least 16 kuntum lagi..


bukan apa, kita nie kenal di alam maya jeq dan tak pernah jumpa..
so, nanti takut sy tak cam muka b2b/ex-b2b yg comel-comel tu..hihi
kalau korg pakai, at least sy tau korglah rakan b2b sy :)
wahhh bestnya kalau dpt jumpa kan..
kepada rakan b2b yg hadir, boleh amik bunga nie di meja GB sy yea..

cara nak buat sama je macam buat rose felt, cumanya tak perlu pakai dawai..
tapi kena tambah daun..juge pin..
senang je..nantilah sy buat tutorialnya yea..
>_<

Saturday, February 16, 2013

Teaser : Bunga Tangan Felt


Assalamualaikum..

untuk entri nie sy juz nak share teaser HB sy yg dah 70% siap..
sy gunakan rose felt sepenuhnya..
sy dahpun kongsikan cara buat rose felt dalam entri nie DIY #10 : Rose Felt..
so, boleh rujuk situ yea..

act, HB nie adalah 2nd try..
yg 1st try tu, tak berapa nak ok coz sy juz tampalkan manik kat bhgn tengah bunga ros dan 
takde dawai untuk dicucukkan pada span..
sy juz tampal dawai lepas rose felt siap..so blkgnya tak kemas la..
Alhamdulillah 2nd try ok jugakla cume nampak plak dawai-dawai kaler hijau tu..
kalau tau, baik sy guna dawai silver tuh..huh
tapi, takpe lah..dah siap pun..hihi

ok skrg, jom tengok HB sy kat bawah nie..

bulat n kecik semacam jeq HB sy nie...hahaha

yg nie dah dipakaikan 'skirt' untuk sementara..
tapiii kena touch-up lagik..

mikrofon!! sy gunakan benda nie sebagai asasnya..
namanya pemegang HB..(suke suki je bagi name)
sy beli kat kedai bunga..harganya RM5.90 (depends pada kedai la)
so, sy juz cucukkan rose felt yg dah siap kat span tuh..
senang je kn..tak payah bersusah payah buat pemegang sendiri..hii
>_<

Thursday, February 14, 2013

DIY #10 : Rose Felt

Assalamualaikum..
hai dear..
masih sibuk dengan persiapan??
sy pun masih lagi sibuk dengan macam-macam hal..
di kesempatan ni, sy nak kongsikan sesuatu..

ada yg berminat nak tau macam mana nak buat bunga ros dari kain felt??
kalau search kat mr. google memang banyak caranya..
tapi ini cara sy..hihi
ok, jum tengok!

Bahan-bahan :
- gunting
- gam UHU
- kain felt yg dah dipotong bulat (besarnya ikut suka)
- manik
- dawai (sebatang dawai tu sy bahagikn kpd 3 bhgn)

Cara-cara untuk menggulung :

act, rose felt nie sy gunakan untuk buat bunga tangan nikah dan bunga rozet..
selamat mencuba!! 
>_<

Wednesday, January 23, 2013

DIY #9 : Centerpiece

Assalamualaikum..
hai readers..
projek DIY kembali lagi..
kali nie sy buat centerpiece..
dah berkurun lamanya siap benda ni, baru arini ditouch-up balik..
hihi

centerpiece..
apa yea centerpiece nie??
ayat mudahnya, pasu yg letak kat tengah-tengah meja makan tetamu tu..
ada yg letak bunga dalam pasu tu, lilin, atau apa-apa je la..

sy gunakan doyleys untuk centerpiece sy..
jom tengok apa bahan-bahannya..

 bahan-bahan (a) :
1. doyleys
2. lidi
3. sticker yg dah siap design dan digunting

(a) doyleys yg telah siap dilekatkan pada lidi..

bahan-bahan (b) :
1. botol innershine
2. polisterin
3. kain net or bouquet wrappers 
4. reben

(b) cara-caranya seperti di atas 1-6..(kalau tak faham boleh ty yea)

alternatif : tutupkan botol innershine tu dengan doyley supaya polisterin kat dalamnya terlindung..

ok, itu je la yea..
kitar semula dan jimat!! 
>_<

*veil nikah yg sy tempah dah pun siap dan sy terima ptg td..so sad :(
tunggu next entri..huhu

Sunday, January 20, 2013

DIY #8 : Welcome Board

Assalamualaikum..
entri ke 2 untuk arini..
welcome board yg sy buat sendiri..
teaser nya kat bawah ni yea..
sy buat 2 pcs welcome board untuk sy dan incik tunang..
sy gunakan kain felt untuk tulisan dan quilling untuk hiasan..
dan sy tampalkan di atas soft board..
then hias je la..

act, memang dah lama siap cuma banyak sangat nak update..
so yg nie sy simpan dulu..hihi
nak tengok yg colorful, tungguuu yea..
kalau publish awal-awal, tak surprise lah nanti..hee

yang ini untuk sy..

dan yg ini untuk incik tunang..

dah lama sy simpankan welcome board dalam kotak..
cuma easel je tak buat lagi..
act, dah beli stand untuk board ni tapi untuk diletakkan atas meja je la..
tapi taknak nanti crowded pulak atas meja GB tu nanti..
so, nak jugak easel supaya board ni boleh diletakkan di sebelah meja/pintu masuk..
padahal taklah besar mana pun board nie..hahaha
mungkin nak upah jiran aje tolong buatkan easel tu..
hopefully menjadi..

DIY #7 : Paper Wheel

Assalamualaikum..
hai dear b2b n readers..
selamat berhujung minggu..

Alhamdulillah, sy da sihat sikit..
cuma batuk je belum ok lagi..
ok , entri kali nie sy juz nak kongsikan projek DIY yg sy buat..
paper wheel..
PW nie boleh dijadikan hiasan pelamin, hiasan meja GB atau hiasan lain..
ikut kreativiti korang lah kan..

Pw yg sy buat ni belum dapat dipastikan nak letakkan di mana..
bergantung pada tempat yg sesuai di dewan nanti..
yg penting, bahannya sudah pun siap..
nak tau apa yg sy tulis dan di mana sy letakkan??
tunguuu..
hihihi >_<

pada yg nak tau cara buat PW ni boleh jenguk SINI yea..

inilah hasilnya..
sy gunakan half A4 aje..
it's simple!!

Wednesday, January 16, 2013

DIY #6 : Penunjuk Arah

Assalamualaikum..

penunjuk arah untuk majlis sy nanti dah siap design..
pada mulanya sy buat design macam ni..
ala² signboard kat tepi jalan tu..konon² hihi..
tapi bila print saiz A4 cam kecik je..
kenalah buat saiz A3 pulak..
pastu rasa macam susah je nak design size A3..
alamak kena tukarlah kot..
tapi sayanglah pulak..huhu


terpaksalah tukar design yang agak simple macam nie..
nanti juz print atas kertas warna pastu laminate..
buat saiz A4 je agaknya..
tengok keadaan lah nanti..

Sunday, January 13, 2013

DIY #5 : Photo Booth Props

Assalamualaikum..
hye!!

entri seterusnya pulak berkisar tentang PB props..
skema je ayat..hihi
act sy tak sediakan PB corner pun untuk majlis nanti..
so, PB props ni sy akan letakkan sekali di meja GB..
orang buat, dia pun nak buat jugak kan..ahaha

kalau korang search di google, sure terjumpa macam² jenis props..
macam² rupalah katakan..
contohnya macam kat bawah ni..

siap ada birdie lagi..

sumber : encik google..

ada jugak yg buat sewa dan ada jugak yg buat jual..
rezeki masing² kan..
daripada korang beli or sewa, why not buat sendiri je kan..
lebih jimat!!
kalau nak carik template free pun adaaaa....
cuma kena rajin search la..
selalunya mat/minah salleh yg rajin bg free nie..hihi

sy pulak lebih suka buat sendiri..
lebih² lagi kertas colorful ada banyak lagiii..hoho
print aje lah..
wording tu kebanyakannya sy amik kat internet la..
design je sy buat sendiri..
korang boleh guna powerpoint atau publisher je pun..
yg lebih advance lagi guna AI..
memang terbaikkk!!!
tapi sy guna powerpoint je..huhu

dan inilah hasil PB props sy...



semudah 1, 2, 3..hihi
design, laminate, cut..!! siapppp!!!

berminat dgn softcopy?? boleh rujuk entri nie yea PB Props

DIY #4 : Garland Terima Kasih

Assalamualaikum..
hello readers n b2b!!
salam hujung minggu >_<

arini sy nak update 3 entri sekaligus..
haha..bz sgt dengan projek DIY yang tak habis²..
kejap je dah tinggal 55 hari je lagi..
huhuhu..

ok, entri kali sy nak kongsi tentang "garland"..
garland ni dlm BI tapi dlm BM nye tak pasti nak panggil apa..
kalungan kot..hihi (translate bulat² dr google nie)
apa² la yea janji korang fhm..ahax

ok, contoh garland camnie..

sumber : encik google

kebiasaan yg sy tengok, ramai b2b gunakan doyleys (betul ke ejaan tah)
dan selalunya dorg gunakan untuk hias meja buku tetamu-GB
kalau ada yang perasan la..

garland yg sy buat pulak dari kertas warna je..
simple!!
print, laminate n cut!! senang je kan..
tapi kalau yg rajin nak tampal pulak atas doyleys tu, depends la >_<
macam² cara kita boleh buat..hihi
ikut kreativiti masing² la kan..

nak tengok garland sy yg dah siap??
ok, ni diaaa..

simple je kan..
senang pun senang..hihi

ok, cara nak buat :
1. design border + huruf² yang berkenaan..contohnya TERIMA KASIH
2. print atas kertas warna / ikut suka hati korang..
3. laminate supaya tak mudah berkedut..
(kalau tak laminate pun takpe, tapi guna kad cz keras sikit)
4. gunting ikut design border tu kemas²..
5. tebuk 2 lubang supaya huruf² tu nampak center..
6. gantung/ikatkan pada reben/benang atau apa² bahan lain..
7. siap!!!

*sy gunakan sepit baju comel sebagai hiasan dan 
sy gamkan di tengah² reben supaya ianya(kertas) tak bergerak..

Saturday, January 05, 2013

DIY #3 : Guestbook

Assalamualaikum..
wahh dah lewat mlm tp sempat update blog ni..
waktu siang agak bz dengan projek DIY lain dan jalan-jalan beli barang..hihi

ok, kali ni sy nak cerita bout guestbook - buku tetamu sy dan incik tunang..
Alhamdulillah at last siap jugak..
masa mula-mula siap tu, design agak tak memuaskan hati sy so kenalah design baru..
second try barulah nampak ok di mata sy..
isnin lepas GB sy telah selamat di'binding'..
wahhh suke sangat coz dapat tengok hasil titik peluh sy..

korang sume nak tengok??

ok, design kat bawah ni adalah design yg mula-mula sy buat..
tapi disebabkan rasa ketidakpuasan hati dengan bunga-bunga yg senget benget tu dan tampalan yang agak tak kemas, sy tak nak guna yg ni..
*sy ni agak cerewet dari segi kekemasan yea..huhi

cover GB sy pada asalnya..

cover GB incik tunang pada asalnya juge..

Tuesday, January 01, 2013

DIY #2 : Pantun

Assalamualaikum..
salam tahun baru semua!!

di kerajinan ni, sy nak update tentang projek DIY sy..
pantun!
act pantun ni dah lama sgt siap..
masa ni konon² rajinlah katakan..hihi
pantun ni adalah pantun orang lama yg digunakan dalam majlis² perkahwinan oleh emcee..
supaya tak lapuk ditelan zaman kan..
sy search pantun² ni di Google..
kalau nak pantun moden, bolehlah reka sendiri atau cari di Google yea..

so, sy printkan aje pantun² ni di atas kertas A4 biasa..
kemudian sy tampalkan pula di atas card..
dan laminate!
ok, untuk hiasan sy masih gunakan bunga quilling yea..
sebab sy mula sukakan quilling..hihi
kalau tak biasa dengan quilling, boleh tampalkan bunga² lain yang sedia ada..
senang je..

tujuan sy buat pantun ni??
erm, tunggguuu..
review after wedding yea..





Sunday, December 16, 2012

DIY #1 : Special Doorgift

Assalamualaikum..
selamat berhujung minggu semua..!!

arini saya nak kongsikan sikit tentang projek DIY saya yg dah pun siap..
DIY doorgift..
act doorgift nie untuk yg special je..
special la sangatkan..haha
maybe utk kawan-kawan rapat saya dan kawan-kawan mak..
buat pun tak lah banyak sangat..
pada mulanya botol ni dihias dengan reben je kat atas penutupnya..
tapi, baru-baru ni saya dapat idea dari ex-b2b yang hias botol kaca dia dengan kain felt dan bunga diletakkan atas kain felt tu..
jadinya, saya pinjamlah idea dia tu..hehe

oleh sebab saya sukakan quilling, saya pun gunakanlah quilling bunga-bungaan untuk deko botol kaca ni..
agak rumit juga nak buat bunga ni dan perlukan kesabaran..
maklumlah nak kena gulung kertas yg banyak..
tapi, dengan bantuan anak buah saya kerja saya jadi senang!! hihi..
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat siapkan deko untuk kesemua 60+ biji botol kaca..

cara nak buatnya senang aje..
saya gunakan kain felt, gam UHU dan quilling..
kain felt tu saya guntingkan bentuk bunga kemudian saya tampalkan kat atas penutup botol menggunakan gam UHU..
bunga tu tak perlulah terlalu besar..
kemudian, saya lekatkan bunga+daun dari quilling kat atas kain felt tadi..
siap!! simple kan..semudah 1 2 3..ahaha
kalau nak cantik lagi, ikatkan botol kaca tu dengan reben..
lagi nampak comel >_<
tapi saya belum beli reben, so simpan dulu hasrat tu..hihi
jom tengok hasilnya..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...