Tuesday, August 26, 2014

Majlis Kesyukuran & Berendoi Ahmad Azeem

Assalamualaikum..

hai pembaca jelita sekalian..
meh nk up entri psl Majlis Berendoi putera kesayangan kami pd 16 Ogos lepas..
dah seminggu berlalu baru sempat nk update..

Alhamdulillah si comel kami tak meragam..
so semuanya berjalan lancar..

majlis nie bermula pada pukul 2.45ptg..
masa tu Azeem tidur..baru masuk sekejap kat dalam buai, dia menangis nak susu..
so kat situ jugaklah sy bagi susu..
majlis dimulakan dengan Asmaulhusna, syair berendoi dan kemudian berselawat..
masa berselawat nie sy dukung Azeem dan bawak berjalan ke setiap ahli kumpulan berzanji + keluarga..
time nie pulak Azeem terjaga..syukurlah tak menangis..
ada yg taburkan bunga rampai ke kepala Azeem dan ada jugak yg cium kepala Azeem (nasib syampu rambut Azeem..hihi)
selesai round the world, makcik2 tadi sambung berzanji pulak..
Azeem?? sambung tidur yg terganggu tadi..hii
selesai majlis dalam pukul 4.00+ kot..
tetamu semua menjamu selera, sy dok jaga Azeem..
kumpulan berzanji nie group mak sy..so mak sponsor :) hiii

untuk backdrop dan buaian tu nanti sy up lagi satu entri..
FYI, backdrop tu semua sy buat sendiri dgn bantuan IH dan anak buah..
tapi yg menghiasnya, kakak2 sy..
buaian pulak sy sewa je..demimu Azeem..
tapi Azeem dok dalam buai tu sekejap je..
takpelah, yg penting comelll :)

ok tu je dulu yea..
jom tengok 3 keping gambar dulu yea..





Thursday, August 21, 2014

Ahmad Azeem Dah 3 Bulan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kelmarin, 19 Ogos genap sudah 3 bulan si comel kami..
Syukur Ya Allah, Azeem semakin sihat di bawah lindunganMu..

dekat 2 bulan Azeem kena jaundis lepas lahir, macam2 difikirkan..
macam2 kami hadapi..
Alhamdulillah semua tu ujian dari Allah dan kami dapat laluinya bersama..
air mata jangan cakaplah..mudah sgt mengalirnya..
ke hulu ke hilir bawak Azeem ke KK utk test darah..
kesian si kecil asyik kena cucuk..
sampaikan ada sekali tu Azeem kena amik darah 3 botol, ibunya menangis kat luar..
tapi Azeem senyap je kat dalam..
Syukur anak ibu kuat :')

selepas tempoh tu, lepas dapat result darah dan air kencing Azeem..
hanya Alhamdulillah yg dapat diungkap..
tak perlu cucuk2 selalu lagi..

Azeem ibu ayah dah sihat dari jaundis :)
dah 3 bulan dah pun..
mudah2an Azeem membesar dengan sihat, dgr kata ibu ayah dan paling penting taat pada perintah Allah bila besar nanti..aminnn

IBU AYAH SAYANG AZEEM..!!

nah belanja 1 gambar si comel..
>_<

Monday, August 11, 2014

Teaser : Projek DIY Kembali

Assalamualaikum..

setelah sekian lama tak berDIY, makanya time raya nie start balik..
utk apa?? nanti dah siap sy story mory yea..
nak mengadap pun time si kecik nie tdo..
kalau tak, mmg tak lah kan..hii

itu je..k bai ;)

Tuesday, August 05, 2014

Syawal Terindah

Assalamualaikum..

hai hai hai..
Salam 9 Syawal :)

seronoknya beraya tahun nie..
last year raya berdua, tahun nie raya bertiga pulak..
Alhamdulillah syukur dgn rezeki kurniaan Allah >_<

giliran beraya tahun nie di rumah mertua..
makanya rasa lain sikitlah kan..
selalu pagi2 raya adik beradik n anak buah semua dah dok berkumpul kat umah mak..
tapi tahun nie dorg yg tunggu sy balik..
takde masalah pun coz rumah kami dekat je..
pagi kat rumah MIL, tengahari sampai petang melepak kat umah mak :)

pagi raya tu Azeem bangun sama dgn kitorg, pukul 6.00pg..
awal kan..so main2 dulu dgn Azeem pastu terus mandi n siapkan dia..
seronok!!~

dan orang yg paling letih masa raya ialah Ahmad Azeem..hihi
kesian dia..dgn cuaca yg panas, asyik bertukar tangan je..
renyah dibuatnya..last2 tidooo..

dari raya pertama sampailah raya keenam, asyik keluar berjalan je..
kesian Azeem diusung ke hulu ke hilir..hiii

sekian..
Selamat Hari Raya ^_^

- Potret raya kami bertiga -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...