Friday, May 23, 2014

Saya Dah Jadi Ibu!

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Allah swt, dengan izinNya sy telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.06kg pada hari Isnin 19 Mei 2014 (19 Rejab 1435H) jam 2.23ptg..
EDD : 20 Mei 2014..baby nak keluar awal sehari..hehe

Alhamdulillah urusan sy dipermudahkan olehNya..
hari nie da masuk hari ke-5 berpantang..
sy sihat dan baby pun sihat..
cuma skrg masih dlm pemantauan kuning baby..
bacaan arini meningkat dari semalam..
mudah2an bacaan esok menurun dari hari ni..
In shaa Allah~

nanti sy akan perkenalkan hero sy kpd sume m2b yea ;)
tungguuuuu...hihi

Monday, May 12, 2014

M2B : Persiapan Ke Hospital

Assalamualaikum..

hai mummy2 sweety..
Selamat Hari Ibu buat ibu2 dan bakal2 ibu :)
semoga sentiasa di bawah lindunganNya dan sihat sejahtera..

cepatnya hari2 berlalu kan..
makin dekat jugak masa utk si comel keluar..

so, dlm 33w sy dah setelkan beli brg2 utk baby n ibu baby..
Alhamdulillah..

barang utk dibawa ke hospital pulak semua dah siap packing..
tunggu nak bawak g hospital je :) wah excited..hii
al-maklumlah sekarang nie tengah tunggu hari je nak deliver kan..dup dap
kwn2 m2b yg lain dah ready?

erm oklah, jom sy listkan brg2 keperluan baby n ibu utk dibawa ke hospital nanti..
so sekarang dah kena make sure barang2 nie dah siap diletakkan dalam kereta n dibawa ke mana sahaja..

Barang Keperluan Baby
  1. Beg bayi
  2. Selimut bayi - 1 helai
  3. Baju & seluar - 3 psg
  4. Sarung tgn & kaki - 3 psg
  5. Pampers Newborn/saiz S - 6 keping
  6. Tuala mandi - 1 helai
  7. Tuala kecil - 1 helai
  8. Tisu basah - 1 pek kecil
  9. Botol susu kecil - 1 botol 
  10. Minyak telon - 1 botol kecil
  11. Kain bedung - 3 helai
  12. Barut - 4 helai
  13. Topi - 1 helai
  14. Mandian, losyen, bedak - 1 set (travel set)
Barang Keperluan Ibu
  1. Beg pakaian
  2. Dokumen2 penting - buku pink, IC
  3. Tuala mandi - 1 helai
  4. Alatan mandi (berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun, syampu)
  5. Kain batik - 3 helai
  6. Stokin - 2 psg
  7. Tudung, getah rambut
  8. Tshirt - 3 helai
  9. Maternity pads - 1 pek (jenama Madame-Pureen)
  10. Termos
  11. Makanan
  12. Minyak angin
  13. Nursing pads - 3 set (jenama Pureen)
  14. Panties - 5 helai (disposable panties)
  15. Nursing bra - 3 helai
  16. Beg plastik - in case nak isi baju kotor
  17. Air zam-zam / Air selusuh
  18. Baju sejuk

ini dia beg ibu n baby yang dah ready kat dalam kereta..hii~
>_<


Wednesday, May 07, 2014

M2B : Checkup 38w


Assalamualaikum..

sy dah 38w?? cepatnya kan..
sy masih belum deliver dan Alhamdulillah sihat walafiat lagi :) 
berdebar jugak menunggu 'saat' itu sebenarnya..
so masih menghitung hari la nie..

semalam sy ada check up 38w..
agak lambat keluar rumah, dalam pukul 10.00 pg..
tapi syukur sebab tak ramai orang..sy orang ke 3..
air kencing ok, BP ok, tapi berat tak berubah lah pulak..statik gitu..
aduhaiii last week berat naik sampai 2kg, la nie berat statik pulak..dugaan~
tapi Alhamdulillah cek jantung baby ok..kaki bengkak sikit la..
yang lain2 takde masalah..

al-kisah follow up last week (Jumaat), BP dan air kencing sy ok je..
next follow up Jumaat nie, utk cek BP dan air kencing lagi..huhu
next TCA pulak hari Isnin (12.5.2014) n jumpa doc sekali..
harapnya takde masalah..amin~

* pesanan sedara mara suruh sy banyak berjalan supaya dipermudahkan bersalin..in shaa Allah
tapi ini memang petua orang tua-tua kan? mudah-mudahan hendakNya..

Monday, May 05, 2014

M2B : Panduan Menguruskan Uri

Assalamualaikum..

sy masih menghitung hari menanti kelahiran si comel..
entri pun banyak lagi yg dok dalam 'draft'..hihi
tapi di kesempatan nie sy nak kongsikan info berguna utk kalian semua..

sy nak kongsikan panduan buat ibubapa terutamanya bapa2 dalam menguruskan uri selepas kelahiran bayi anda..
ekceli sy search panduan nie di google utk IH supaya nanti senang dia nak uruskan..
so, sy copy n paste tapi terlupa dari blog mana..sori yea tuan tanah :)


Panduan Mencuci dan Menanam Uri Bayi
  • Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai 'placenta'.
  • Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
  • Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.
  • Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
  • Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.
  • Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Cara Menguruskan Uri
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  8. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...