Wednesday, April 30, 2014

M2B : Check Up April 2014 - 33w, 35w & 36w

Assalamualaikum..

hari nie hari terakhir dalam bulan April..
cepatnya bulan berganti..
esok dah masuk bulan Mei n tup tup dah nak deliver..ohhh!!!

al-kisah check up sy combinekan sekali utk sebulan yea..lagi senang..
(tapi ingat2 lupa lah ceritanya..hihi)

Check Up 33w (2.4.2014)

check up mcm biasa hari nie..berat naik 1.3kg..cemas jugak sbnrnya..
tapi ok lagi, tak perlu refer doc..papepun tetap kena observe la..
BP ok..Hb tak cek kali nie coz belum sebulan..
kaki dah start membengkak coz hari sebelum tu sy attend kursus 1hari di Batu Kikir..
asyik duduk berlunjur je, so naiklah bengkaknya..
dah lah tengah sarat kan..
Alhamdulillah yg lain takde masalah so blh balik awal..hii~

Check Up 35w (16.4.2014)

pagi ni check up sepatutnya pukul 9.00 pg..tapi sy dtg pukul 9.30pg..
memang tersangatlah ramai yg masih tunggu turn..
yg dtg pukul 8.00 pg pun ada yg tak setel lagi..huh
dalam pukul 11.30 pg baru nama sy dipanggil, jenuh menunggu kot..
berat naik 1.1kg, so oklah..BP pun ok..
Hb pulak Alhamdulillah naik balik dari 10.3 jadi 12.5..syukur sangat~
kaki mula membengkak dengan jayanya..dah jadi bam bam :) hihi..
cek perut semua ok..baby pun kemain aktif lagi..
setel semua dalam pukul 12.00 tghr..
ohh perut dah terasa lapar..

oleh sbb hari nie amik cuti, so petang tu buat maternity shoot part 2..
camerawoman sy semestinya anak buah sy :) hihi..
maternity shoot part 1 tak berapa nak ok, so terpaksalah shoot balik..
nanti lepas deliver sy stori mori yea dear :)

Check Up & Scan 36w (28.4.2014)

sepatutnya check up n scan pd 29.4.2014, tapi Jumaat lepas nurse call mintak dtg scan hari Isnin coz hari Selasa doc ada meeting..
so, sy buat check up dulu di KD TK sebelum g scan kat KK Pasir Panjang..
sy terpaksa potong q sbb nakg scan..hihi sori yg lain :)
aduhaiii..berat sy berlebihan nampaknya minggu nie..
naik 2kg so extra 1kg okeh! adoiii..
masalah lah pulak..
Alhamdulillah BP ok..

so, oleh sebab nakg scan..nurse suh inform doc sekali pasal berat extra tuh..
coz kalau dah terlebih berat, dorg kena pantau BP selalu kan..
eh citer pasal scan dulu..Alhamdulillah dapat tgk si comel kami yg sgt lasak itu :)
doc kata air ketuban ok, uri pun ok..
baby lagi2lah ok..masa checkup nurse kena kick n masa scan doc pulak kena kick..hihi
hamboiii baby, aktif sungguh anak ibu nie yea..
berat baby dah cecah 2.2.kg..

lepas scan, tanya doc pasal berat terlebih tuh..
doc tu kata takde masalah..
tapi kan, tadi nurse call suh dtg check BP hari Jumaat nie..
semuanya sbb berat terlebih tu..erm ikut jelah demi kesihatan baby :)
doakan sy dan baby ok yea kawan2! huhu..

Thursday, April 24, 2014

M2B : 36w Sudah


Assalamualaikum..

hari ni kandungan sy dah pun berusia 36w 2d..
tinggal beberapa minggu je lagi utk baby keluar..
tapi tak semestinya jugak kan..
mana tau baby nak keluar awal, tak sabar nak tengok dunia :) hii..
apapun, in shaa Allah sy dah ready..
walaupun skrg masih lagi berulang alik keje ke Seremban..huhu
bila tah nak cuti..

macam2 perasaan yg sy rasa sekarang nie..
excited, berdebar dll.
hanya Allah saja yg tahu..
Alhamdulillah persiapan semua pun dah ready..
cuma set berpantang tak beli lagi, asyik postpone je..huh

mudah-mudahan semua urusan bersalin nanti dipermudahkan..amin~
sy mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah silap sy walaupun kita kenal di alam maya..
mana tau ada tersalah cakap ke..terkutuk ke kan..hii
doakan sy yea kawan2!!

Saturday, April 19, 2014

Hb Rendah? Jom Amalkan Pemakanan Nie

Assalamualaikum..

hai mummy2 to be :)
selamat berhujung minggu..

sy kat ofis sekarang nie..huhu
so, sy luangkan masa utk kongsikan pemakanan anemia bagi bakal2 mummy yg Hb nya rendah..
sblm nie sy pernah bagitau yg Hb sy menurun kan?
jadinya nurse bekalkan sy dengan jadual pemakanan anemia nie..
dan Alhamdulillah lepas sebulan sy amalkan, Hb sy naik balik..
syukur sangat!

sy cuma amalkan makan telur separuh masak setiap pagi tapi kdg2 termiss jugak..
kerang tu mmg selalulah, sampai naik muak dah makan..hehe
sy makan buah mangga dengan kerap..esp yg manis2..mmg feveret..
lain-lain, sy selalu makan ikan bilis goreng..
so itu jelah yg sy amalkan sepanjang sebulan tu..
Alhamdulillah berhasil..
harap2 Hb sy tak turun balik coz dah hampir2 nak bersalin nie sgt berisiko if Hb kurang..

so kepada bakal2 mummy yg Hb nya rendah, cubalah amalkan mana2 pemakanan kat bawah nie yea..
mudah2an Hb korg akan naik balik..
caiyok2!!


Thursday, April 17, 2014

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum..

hai bakal2 mummy kat luar sana, semoga sihat hendaknya..
hari nie sy sharekan doa ketika bayi dalam kandungan untuk amalan kita..
mudah-mudahan semua urusan kita dipermudahkan Allah, in shaa Allah..


Friday, April 04, 2014

Penyediaan Air Selusuh Oleh Suami

Assalamualaikum..

Salam Jumaat mummy2 semua!
memandangkan kandungan sy dah pun 33w, rasanya dah boleh buat air selusuhkan..
so, cari punya cari sy jumpa caranya kat SINI
dan copy paste je dari situ..hii
memang orang kata air selusuh nie seeloknya disediakan oleh incik suami..
jadinya sy kongsikan untuk kalian bakal m2b..
dah bolehlah mintak incik suami masing2 sediakan..

air yg sesuai pulak, ada yg kata guna air zam-zam..
takpun guna air kosong je..

berkenaan masa untuk minum air selusuh, sy dengar dan baca banyak pendapat..
ada yg kata minum selepas 36w..ada yg kata 30w ke atas dah boleh start minum..
apapun, mintak incik suami sediakan dulu yea :) hihi..
kepada bakal m2b, semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Amin..

ok, jom baca cara-cara penyediaannya..

Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan oleh suami);
Untuk diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam (bermula minggu ke-30 kandungan *lain orang, lain pendapatnya berkenaan bila masa terbaik utk menggunakan air selusuh), dimulakan dengan selawat.

Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.






(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.



Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...