Friday, September 20, 2013

Kad Perakuan Nikah Tak Siap Lagi?!

Assalamualaikum..
hai sweetie blogger :)

kad nikah tak dapat lagi??
korang sure dah dapat kad nikah even baru je kahwin kan?
hurm, sy yg dah lama kahwin nie pun tak dpt lagi tau..
dah cecah 6 bulan dah pun..

sepatutnya dlm slip tu kata 6 bulan (sebelum nie 3 bulan je)..
tapi sampai hari nie kad tak dapat lagi..
pejabat agama akan call bila kad dah siap..tapi takde call pun..
so takkan tak siap2 lagi kot??
lamanyaaaaa nak tunggu..

mmg kat NS nie kad siap lambat yea?
coz diorang akan kumpulkan di Majlis Agama Negeri..really? 
ada kawan kat Selangor katanya dalam seminggu kad dah siap..
hurm..ikut kecanggihan teknologi negeri masing2 kah?
sabar jelah tunggu kad nikah tu..
:(

Honeymoon @PD

Assalamualaikum..
hai dear! 

kesibukan melanda dan membataskan sy utk meng'update blog..
haha ayat tak boleh bla kan..konon je tu..hii
ekceli mmg sgt bz dgn tempahan yg tak putus2, Alhamdulillah..

ari Selasa hingga Khamis baru nie kami pergi honeymoon!! yeayy..
asyik jela nkg honeymoon kan..hihi
alaa bukan jauh mane pun, kat PD je pun..
dah asal org PD, honeymoon pun nak kat PD jugak..apee barang kan..
tapi apakan daya..

hoenymoon kami ditaja oleh pihak katerer perkahwinan..
so, kami diberi penginapan di Corus Paradise Resort PD..
mmg selama duduk kat PD nie tak pernah pun tido kat hotel nie..
tak pasti hotel nie berapa bintang..4* kot..
pada mulanya kami diberi penginapan di Bayu Beach Resort dan kami tolak..
pastu dia bagi Glory Beach Resort pulak, pun kami tolak..
at last dia bagi Corus, terima jelah..drpd takde..
ingat org PD tak tau ke hotel mana yg bertaraf 5*? agak2lah kan..
ekceli mmg dia tulis dlm iklan tu 'Pakej Bulan Madu di Hotel 5*'
tapiii iklan semata2 lah kan..
dan bukan pakej bulan madu okeh..pakej tidooo je..
iklan je nak gempakkk..

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Hari Jadi Suamiku!

Assalamualaikum..
hai sweetie!

Alhamdulillah Allah berikan peluang utk sy raikan hari jadi IH thn nie..
first time setelah bergelar suami isteri..

Selamat Hari Jadi suamiku..
mudah2an Allah kurniakan umur yg pjg, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik..
moga kami sentiasa di dalam redha Allah dan bahagia hingga ke syurgaNya..


ekceli smlm kitorg dah celebrate besday IH ngn my sis sume..
ter'advance' pulak..hii
sy dah buat kek carrot tp luarnya je cantek,dlmnya? hoho..
so smlm mintak tlg my sis belikan kek coklat utk seprise IH..
plan berjaya..yeayyy


:: Kek Coklat beli ::

:: Kek Carrot buat ::

Sunday, September 08, 2013

6 Bulan Bersama

Assalamualaikum..
hai si cantik sekalian alam!
selamat pengantin baru kpd b2b september :)

Alhamdulillah..
arini dah menjangkau usia 6 bulan perkahwinan kami..
mcm dah 6 tahun je kan..hihi
buat masa nie, IH masih berada di sisi..
sebabnya IH dlm mode cuti lagi, belum sihat sepenuhnya..
so hari2 ada kat sini, yippie..
belum pasti lagi bila IH blh start keje..
mudah2an IH cepat sembuh n sihat mcm sebelum nie..
in shaa Allah..

sepatutnya esok kitorg akan g 2nd hanimun..haha
kononnya nak hanimun kat PD je tp katerer bg hotel yg biase sgt..
so kami terpaksa postpone..
hopefully diorg bg tmpt yg best2 sikitlah..

hanimun adalah ditaja oleh pihak katerer kami..
ekceli free dr pakej yg kitorg amik utk majlis hari tu..
so bersabar jelah tunggu respon diorg..
kire untunglah kan ada org nak taja ;) hii..

oklah dear..
tunggu next entri yea..daaa
>_<


Tuesday, September 03, 2013

Review Kahwin #18 : Doorgift

Assalamualaikum..
setelah sekian lama entri review kahwin terhenti, arini sy sambung lagi..
ekceli ada lagi yg belum direview..
sabar yea..hii

kali nie sy review details tentang doorgift..
sori coz ada gambar yg tak sempat nak snap..

kita mulakan dgn goodie bag..
sepatutnya goodie bag nie diedarkan kpd keluarga pihak lelaki, kwn2 sy dan kwn2 mak..
tapiii ada jugak kwn sy yg tak dpt..sori yea dear..
mak n kakak2 sy tak kenal semua kwn sy..huhu

gula-gula (diletakkan dlm goodie bag)

Mini Giveaway by Sfaezah

Assalamualaikum..
hai sweetie!

jom join Mini Giveaway by Sfaezah nak tak??
ekceli sy di invite oleh Sfaezah sendiri..
lagipun dah lama tak join contest, saje mencuba nasib..
hadiah2 menarik menanti anda..cewahhh
details giveaway jom tgk kat bawah nie..


Cara Penyertaan 
  • Follow blog Me, Him & Life dan nyatakan anda follower yang ke berapa. (kepada yang sudah menjadi follower sebelum GA, sila gunakan no. #107.) : Done! #107 
  • Buat simple entri yang bertajuk 'Mini Giveaway by Sfaezah'. : Done! 
  • Copy banner GA diatas dan backlink ke entri ni. : Done! 
  • Nyatakan tempat percutian paling best yang korang pernah pergi setakat ni. (Tak kisah local atau oversea. Maybe korang pergi tempat dekat je, tapi kenangan dan orang yang ada masa tu membuatkan percutian tu best!) : Cameron Highlands..hihi 
  • Letakkan sekeping gambar terbaik korang semasa percutian tersebut. : Done! 


  • Tinggalkan link entri GA korang di ruang komen entri ni. : Done! 
  • Tag 3 rakan dan pastikan mereka tahu mereka telah di 'tag'. : sy tag Sha, Arein Azlan & Feyqa

Monday, September 02, 2013

Resipi : Kek Red Velvet Kukus

Assalamualaikum..
hai si cantik sekalian alam..

sy kongsikan resepi kek red velvet kukus nie utk tatapan korg yea..
eh cop! bukan utk tatapan aje, bolehlah cuba :)
buat utk insan tersayang pun boleh, tak payah beli..hii
kpd arein azlan : sy kongsikan resepi nie atas permintaan awk..buat tau!! hihi


Kek Red Velvet Kukus
Sumber : Dapurku Berasap

Bahan-bahan :
3 1/2 cwn tepung gandum
170 gm mentega
2 cwn gula kastor
3 biji telur
4 sudu teh pewarna merah
3 sudu besar serbuk koko
1½ sudu teh esen vanila
1½ sudu teh garam
1½ cwn buttermilk (susu cair campur perahan jus limau)
1½ sudu teh cuka biasa  
1½ sudu teh baking soda (baking powder+soda bikarbonat)

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan telur hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pewarna merah, serbuk koko dan esen vanila. Pukul lagi
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga habis.
4. Akhir sekali, campur baking soda dengan cuka biasa tunggu hingga berbuih dan masukkan ke dalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (sy bahagikan adunan kepada 2 bhgn, kukus 1 bhgn dahulu)

Cream cheese frosting:
500g cream cheese 
250g mentega
200g gula aising
1 sudu jus lemon

Cara penyediaan:
Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu / hiaskan ke atas kek mengikut kesukaan anda.
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk..
dan..Siap!!

Selamat Mencuba >_<

* gambar lain..klik [SINI]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...