Saturday, August 31, 2013

Merdeka!!

Assalamualaikum..
selamat pagi korg!

Salam Kemerdekaan yg ke-56..
Alhamdulillah..Malaysia aman dan damai :)



Wednesday, August 28, 2013

Maklumat Penuh Untuk Tempahan Kad Kahwin

Assalamualaikum..
hai sweetie semua!
selamat petang..

hari nie sy nak kongsikan info esp kpd bakal B2B utk menempah kad kahwin..
ekceli, maklumat nie sy gunakan masa tempah kad kahwin sy..
sy taip dan printkan maklumat nie pastu masa dah confirm nak tempah kad, sy terus bg kat person in charge..
so tak perlulah nak isi borang bagai masa urusan tempah kad tu..
senang kan! jimat masa lagi..hihi
di samping tu, dapat kurangkan masalah typo di pihak percetakan kad kahwin..

ok jom isi borang >_<
..................................................................................................................................................................

Nama :
H/P :
Emel :
Kuantiti :

MAKLUMAT PENGANTIN

1. Nama P. Perempuan :
2. Nama P. Lelaki :
3. Nama Singkatan P. Perempuan :
4. Nama Singkatan P. Lelaki :

MAKLUMAT PENGANTIN PEREMPUAN

1. Nama Bapa / Waris :
2. Nama Ibu / Waris :
3. Tarikh Majlis :
4. Hari :
5. Tarikh Hijrah :
6. Alamat Majlis P. Perempuan :
7. Turut Mengundang :
8. Aturcara Majlis : Jamuan Makan ................... Bersanding .......................
9. No. Telefon :

MAKLUMAT PENGANTIN LELAKI

1. Nama Bapa / Waris :
2. Nama Ibu :
3. Tarikh Majlis :
4. Hari :
5. Tarikh Hijrah :
6. Alamat Majlis :
7. Turut Mengundang :
8. Aturcara Majlis : Jamuan Makan ................ Bersanding .........................
9. No. Telefon :

* pstt..nak enterpremkan jugak cover kad kahwin sy..haha (sila menyampah yea)


Sunday, August 25, 2013

Dapur Kecilku : Kek Red Velvet Kukus

Assalamualaikum..
hai sweetie!

kerajinan sy di hujung minggu..
arini sy cuba buat kek red velvet (KRV) versi kukus..
al maklumlah tak pakar dalam bab membakar kek, so kukus lagi senang..hii

teringin sgt nak buat makanya pagi tadi baru search resipi KRV nie..
sebenarnya tak tau pun ada KRV kukus..
bila search kat google, mmg akan terus keluar kek red velvet kukus..
so ape lagi kan..
ptg td terus je buat coz bahan2 dah ada..
dan hasilnya..

tadaaa...
jemput jamu mata yea..hihi




Monday, August 19, 2013

Raya Pertama Kami

Assalamualaikum..
hai sweetie..salam syawal ke 12..
sori dah 10 hari tak update blog..
sebab IH masih lagi bercuti dan sentiasa disisi..hihi

seronok beraya tahun nie?
al maklumlah bila dah berdua, seronok tu lain sikit kan..
tahun lepas raya belum ada suami..kan kan..

1 Syawal 1434H (8 Ogos 2013)

Alhamdulillah, raya pertama kami di rumah mak sy..
jenuh jugak pujuk IH..hihi
sehari sebelum raya, kami dah pergi menziarah kubur arwah ayah, nenek, anak buah..
sebelum2 nie kami pergi di pagi raya..

pagi raya tu siap2 n pergi sembahyang raya sama2..
balik dari masjid, salam2 dan bergambar bagai kat rumah..
pastu makan2..menu pagi raya : ketupat, rendang, spagetti bolognese..haha 
tetibe ade western food di pagi raya..

Friday, August 09, 2013

5 Monthiversary

Assalamualaikum..
hai si cantik, salam Syawal..
Alhamdulillah kita masih diberi nafas utk meraikan syawal tahun nie..

dah masuk syawal yg kedua dah pun..
syawal tahun nie berbeza sgt dari tahun2 lepas..
mana taknya, tahun nie kami beraya berdua :)
yeay..first year berdua..

kebetulan juga semalam (8.8.2013) dah masuk 5 bulan pernikahan kami..
dan bergelar suami isteri..
kami bahagia sangat2..syukur..
baby? kami masih berusaha..in shaa Allah..
doakan kami yea korg..
mudah2an Allah kurniakan kami zuriat yg sihat dan comel :) hii..

dalam masa 5 bulan juga macam2 perkara yg jadik..
nak2 nya dekat2 nak raya baru nie..
hebat sungguh dugaanMu ya Allah..
mudah2an kami tabah menghadapi semua nie..
mungkin ada hikmah di sebaliknya..

oklah dear..
selamat membuat persiapan akhir bagi b2b yg akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan syawal nie..
semoga segala yg dirancang berjalan dgn lancar..
in shaa Allah..

SALAM AIDILFITRI 1434H >_<

Wednesday, August 07, 2013

Salam Aidilfitri 1434H


Iftar @Ilham Resort PD

Assalamualaikum..
hai sweetie sekalian alam..

sampai sudah kita ke penghujung Ramadhan..
Syawal dah nak tiba dah..hii
yeayyy raya dgn IH tahun nie >_<
ops tergedik pulak..hiks

oklah, entri nie juz nak kongsikan kenangan beriftar bersama kwn2 lama masa sekolah rendah {1992-1997}..
iftar nie pada 3 Ogos 2013 di Ilham Resort PD..
lama jugak tak jumpa dorg nie..
plan punya plan, at last berhasil..
sy yg arrangekan semuanya..maka dapatlah berkumpul seramai 8 org..
sikit je?? jadiklah kan daripada takde..hii
lagipun bukan senang nak berkumpul, masing2 dah bekeluarga kan..
pepun tetap happening..
kongsi cerita masing2 dan imbau kenangan lama..best!!

jom jenguk2 kat bawah nie..

antara menu yg ada..kami berbuka tak makan nasik..
so perut boleh muat macam2 makanan..haha

Zakat Fitrah

Assalamualaikum..
salam Ramadhan 28 yea semua..

IH dah pun bayar zakat fitrah utk kami berdua..
sebelum nie, abg yg bayarkan zakat..tapi tahun nie IH bayarkan..
sy dah menjadi tanggungan IH :)

di sini sy kongsikan waktu untuk membayar zakat fitrah..

Waktu bayar Zakat Fitrah

Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...