Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir di Tahun 2012

Assalamualaikum..
hai hai hai semua!
diam tak diam, kita dah pun berada di hari terakhir bulan terakhir bagi tahun 2012..
dalam masa 24 jam aje lagi kita akan melangkah ke tahun 2013..
mudah-mudahan tahun 2012 menjanjikan kenangan terindah buat kita semua..
dan tahun 2013 memberi lebih sinar dalam kehidupan kita..

* kesian nombor 2 tu dah dipinggirkan..hihi

persiapan kahwin sy??
masih lagi berjalan seperti biasa..
cuma agak perlahanlah yea..hihi
sy kena listkan perkara yg perlu dibuat dalam bulan Januari nie..
2 bulan lagi menjelang majlis..
takut!! berdebar-debar!! macam-macam adaaa...
hahaha..pe pun, keep cool!! (^_^)

Sunday, December 30, 2012

Teaser : Baju Nikah

Assalamualaikum..
selamat berhujung minggu semua!!
pada yang melangsungkan perkahwinan, Selamat Pengantin Baru!

ok, entri kali nie sy nk cerita tentang baju nikah..
act baju ni dah pun siap 2 hari lepas..
cuma lmbt update..
baju ni sy anta kat tukang jahit since bulan 7..
lama kan..
tapi faham-faham je lah..dah namanya tukang jahit, banyak lagi baju nak disiapkan..
tapi takkan nak tunggu sehari sebelum nikah baru nak siap..
so, terpaksalah di'push' jugak..

Alhamdulillah siap jugak, cuma kain je perlu dibesarkan sikit coz agak 'kesempitan' yea..haha
al-maklumlah time g ukur badan tu sy 'kecik' lagi..ahax
baju incik tunang pun tak siap lagi..seluar je dah siap..huhu
hopefully siaplah cepat..

ok, pic kat bawah ni teaser baju nikah sy..
kain ni sy beli sekali dengan baju incik tunang dekat Casa Moda..
kebetulan masa beli tu tengah sale macam sekarang ni..
so, siap pakej sekali lah..cuma tak termasuk sampin..
terpaksalah cari sampin kat kedai lain..
dan baru je beli sampin tu baru-baru ni..
suke3! >_<
wahhh tetiba excited pulak..haha


baju ni nampak agak kosong yea..
just dimeriahkan dengan kain lace..
so, nanti akak sy akan tambah manik-manik kat baju ni..
nak harapkan sy yang jahit manik tu?? oh tidakkk!!! haha..
kita tunggu hasilnya nanti ok! hii..tak sabar sudaaa

Saturday, December 29, 2012

70 Hari Aje Lagi


Assalamualaikum..
hai semua!
cepatnya masa berlalu..
diam tak diam tinggal 70 hari menjelang majlis Raikan Cinta..
Alhamdulillah banyak perkara yang telah pun diuruskan..
tapi masih ada lagi yang belum selesai..oh my wedding!!
tunggu next update lah yea..hii

Thursday, December 27, 2012

73 Hari : Tempah Kad Kahwin

Assalamualaikum..

erm, arini baru berkesempatan update blog..
semalam tak larat dah..

al-kisah semalam, sy+mak+incik tunang ke Melaka untuk pilih design kad kahwin..
act sy dah booking masa ada Pameran Raja Sehari di Tesco Melaka dah lama dah..
tapi dirasakan awal lagi, bulan 1 baru nak setelkan semua tu..
erm, tapi bila call syarikat tu die kate proses untuk siapkan kad ambil masa lebih kurang sebulan..
so terpaksalah tempah jugak dalam hujung tahun ni..
harap-harap sempat siap sebelum bulan 2..
in shaa Allah..

Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dan kebetulan bos besar syarikat tu ada sekali di ofisnya..
proses memilih design kad tak lah mengambil masa yg lama..
details pengantin pula sy dah sediakan awal-awal dari rumah, so senang sikit lah urusannya kan..
contoh-contoh kad ada dalam pic yg sempat sy snap ni, macam-macam adaaaa...
jenuh jugak la nak memilihnya..rambang mata kot..haha
tapi akhirnya kami sepakat untuk pilih design yg jarang-jarang org buat..
macam mana?? tungguuuu kad sy nanti yea >_<


lepas settlekan urusan tempah kad, kami ke Rest. Asam Pedas pe tah namanya..hihi
al-maklumlah dah tengahari dan perut ni berjoget riang pulak..
dah sampai Melaka, wajiblah makan asam pedas kan..hurmmm sedappp..

ok, selesai makan kami shopping sekejap di FS di Batu Berendam..
tak lama pun shopping..
then, kami ke kedai yg jual coconut shakes di Batu Berendam jugak..
tak pernah rasa kan, so teringin sangat nak rasa...hurmmm not bad!
sedap jugaklah..hihi

ok, balik rumah akak sy dulu cz nak solat dulu..
makan-makan jap dan tak lama kat situ, kami pun bergerak balik ke PD..
sebelum tu, sempat snap-snap pics dulu dengan anak buah sy yg bambam ni..hihi
miss them so much!


ok, itu aje buat masa ni..
next entri sy akan cerita tentang welcome board, guestbook etc..
daaa~

Tuesday, December 25, 2012

74 Hari : Ujian HIV & Borang Nikah

Assalamualaikum ..

hurm, menjelang 74 hari je lagi majlis kami..
harap-harap semuanya ok!
semalam, kami plan nak amik borang nikah dekat PAID PD dan setelkan beberapa hal..
sebab kebetulan incik tunang cuti semalam..
tengah hari tu kami keluar dan terus ke PAID PD untuk amik borang nikah..
Alhamdulillah lah sebab belum 'lunch hour' mereka dan tak ramai orang..
so, tak perlulah tunggu lama..
bila sampai turn kami, pegawai bertugas tu juz tanya dtg atas urusan apa..
so, jawapannya nak amik borang nikah la..hihi
pegawai tu pun amik 2 borang untuk kami..
pastu diterangkan satu persatu maklumat yg perlu diisi dalam borang..
memang sangat jelas..terbaiklah!!
tak lama pun kami kat situ, then setelkan urusan di PD..

HIV Test Kit 

plan on da spot, ujian HIV!
baik kami buat terus cz da kebetulan keluar..
oleh sebab kami tau KK PD sangat ramai orang, so kami terus ke KK Lukut..
memang sangat tak ramai kat situ..tapi masa tu 'lunch hour'!! oh no!!
kami terpaksa tunggu setengah jam kat situ sementara pukul 2.00 ptg..haha
tepat pukul 2.00, kami daftar dan diberi 2 borang untuk diisi..
satunya berkenaan maklumat peribadi dan satu lagi soalan berkenaan HIV..
selesai isi borang, kami terus ke Bilik Rawatan untuk ujian darah..

incik tunang sy dipanggil terlebih dulu..
so, sy tengok jela..hihi
Alhamdulillah incik tunang negatif HIV..
ok next, turn sy!! haha..
adoiii kenapalah PPP lelaki ni tak pakai sarung tangan.. 
senang-senang je sentuh tgn ku ini..huh!(kata hatiku)
sebelum diketip jari nie, PPP tu terangkan dulu..
kalau ada 1 je line kat alat ujian tu, maknanya negatif HIV..
dan kalau ada 2 line kat alat tu maknanya positif..tapi tak semestinya positif HIV..
nanti ada ujian susulan..ok fine!!
tak sakit pun cz sy da biasa dicucuk jarum masa derma darah..hihi
Alhamdulillah, 1 line je yg keluar kat alat tu..
so, sy negatif HIV!! 
ok, SETTLE 1 kerja!!
pasnie nak mengadap borang nikah pulak yea..

"bukan senang tau nak kahwin ni"
tu la ayat yg keluar dari mulut PPP yg buat ujian HIV kami..hihi
betul3!!!

# utk makluman, tempoh sah laku Ujian HIV adalah 6 bulan dari tarikh ujian..terima kasih! hihi..
(ada tulis dalam borang ujian nie yea)

Sunday, December 16, 2012

DIY #1 : Special Doorgift

Assalamualaikum..
selamat berhujung minggu semua..!!

arini saya nak kongsikan sikit tentang projek DIY saya yg dah pun siap..
DIY doorgift..
act doorgift nie untuk yg special je..
special la sangatkan..haha
maybe utk kawan-kawan rapat saya dan kawan-kawan mak..
buat pun tak lah banyak sangat..
pada mulanya botol ni dihias dengan reben je kat atas penutupnya..
tapi, baru-baru ni saya dapat idea dari ex-b2b yang hias botol kaca dia dengan kain felt dan bunga diletakkan atas kain felt tu..
jadinya, saya pinjamlah idea dia tu..hehe

oleh sebab saya sukakan quilling, saya pun gunakanlah quilling bunga-bungaan untuk deko botol kaca ni..
agak rumit juga nak buat bunga ni dan perlukan kesabaran..
maklumlah nak kena gulung kertas yg banyak..
tapi, dengan bantuan anak buah saya kerja saya jadi senang!! hihi..
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat siapkan deko untuk kesemua 60+ biji botol kaca..

cara nak buatnya senang aje..
saya gunakan kain felt, gam UHU dan quilling..
kain felt tu saya guntingkan bentuk bunga kemudian saya tampalkan kat atas penutup botol menggunakan gam UHU..
bunga tu tak perlulah terlalu besar..
kemudian, saya lekatkan bunga+daun dari quilling kat atas kain felt tadi..
siap!! simple kan..semudah 1 2 3..ahaha
kalau nak cantik lagi, ikatkan botol kaca tu dengan reben..
lagi nampak comel >_<
tapi saya belum beli reben, so simpan dulu hasrat tu..hihi
jom tengok hasilnya..



Thursday, December 13, 2012

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Gambar sekadar hiasan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak dan ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Sumber : e-fatwa

Inai/Henna Perkahwinan

Assalamualaikum..

inai!! 
haha..tetiba teringin pulak nak pakai inai ukir-ukir nie utk nikah..
bukannya dapat pakai selalu kan..
inilah masanya..hii
so, carilah kat google..
macam-macam rupa corak ada..
harga pun bergantung pada corak yg dipilihdan ada juga yg tawarkan pakej..
ada yg mahal, ada yg murah..
pandai-pandailah cari yea..
kebanyakannya area Selangor, maknanya kalau nak ke tempat saya ada caj tambahan untuk transport..

Alhamdulillah..
saya dah jumpa harga yg agak berpatutan..
dan baru je deal dengan tuan tanah henna >_<
hihi..
masanya untuk kumpul duit untuk dapatkan perkhidmatan henna itu..lalala~
hopefully memuaskan hati saya nanti..

saya suka corak yg agak simple..
antaranya...



Tuesday, December 11, 2012

Raikan Cinta 88 Hari Lagi


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, at last dapat kembali berblogging..yeeehaaaa~
sebulan tak dpt menulis kat blog nie disebabkan masalah internet kat rumah nie lagi..
kalau online pun guna mobile internet maxis..
tak puas kot..huhu

eh, melalut pulak..hihi
erm tengok nombor kat atas tu, cantik kan??
Raikan Cinta 88 Hari Lagi..
wahhhh....tinggal lebih kurang 2 bulan, 3 minggu dan 1 hari lagi menjelang majlis saya..
in shaa Allah..
mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..

sekarang pun masih lagi sibuk dengan projek DIY saya..
Alhamdulillah guestbook untuk saya dan tunang dah pun siap..
welcome board untuk 2 pihak pun dah siap..
centerpieces dan deco untuk meja guestbook siap jugak..
tinggal lagi dok mengadap hiasan doorgift je skrg nie..

kad??  lum tempah lagi..hahaha
semuanya nak buat bulan 1 nie..
HIV test, setelkan borang nikah lagi..
adoiiiii banyaknya nak kena buat..

nasiblah bilik n ruang tamu dah pun siap dicat..
Alhamdulillah, kurang sikitlah keje tu..
harap-harapnya, tak adalah yg tertinggal dan dibuat last minute..
takut kalut je nanti..huhu

oklah, nanti saya sambung lagi dengan teaser projek saya yg dah pun siap yea :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...