Sunday, October 21, 2012

20.10.2012

Assalamualaikum..

syukur Alhamdulillah..
semalam 20.10.2012 genaplah 11 bulan ikatan pertunangan saya dengan incik tunang..
betul juga kata orang..
bila dah bertunang ni macam-macam dugaan yang dihadapi..
memang pun..saya setuju!!
sebabnya saya dah pun mengalaminya..

tapi Alhamdulillah kami dapat laluinya..
yang penting ialah bertolak ansur dengan pasangan kita..
gaduh tu, biasalah..
tapi sekejap je..tak boleh nak lama-lama..

diharapkan kami dapat lalui alam pertunangan ini sehingga ke majlis terima nikahnya nanti..
insyaAllah..
hanya tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi..
*counting days*

Monday, October 15, 2012

Takwim Persekolahan 2013

Assalamualaikum..

Takwim Persekolahan tahun depan dah pun dikeluarkan oleh KPM..
jom cek kat sini kalau gambar kat bwh ni xberapa nak clear..

sebenarnya bukan apa, bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun depan, takwim ni sangat penting..
kebanyakannya akan memilih musim cuti sekolah untuk buat majlis..
kenapa yea?? 
mungkin bagi memudahkan sanak saudara yang jauh utk berkumpul..
ada macam-macam pendapat..
terserahlah kepada mereka..
xkiralah tarikh apa sekalipun, kahwin tetap kahwin kan..hihi

tetapi tidak pada saya..hii
nak tau kenapa??
erm, saya ni tinggal di salah satu pusat peranginan kat Malaysia ni..
so, bila cuti sekolah..pantai-pantai dan hotel-hotel lah yang menjadi perhatian semua orang..
oleh sebab tu, akan berlakulah 'jammed' yang paling orang xsuka..
kalau nak g makan kenduri sampai sanggup bersesak-sesak di jalan raya..
sanggupkah korang??
kesian korang kan..

Alhamdulillah tarikh majlis yg saya pilih xtermasuk dalam cuti sekolah..
so, lega sikitlah kot kalau nak ke majlis saya nt >_<



Saturday, October 13, 2012

Jemput Cuci Mata

Assalamualaikum..
haha..dah xde keje lah ni kan..
so jum layan je design apam comei saya ni..
kat dalamnya ada filling strawberry, blueberry dan orange..
nak rasa?? 




Thursday, October 11, 2012

Resipi : Apam Comei Cik Aisyah

 Assalamualaikum..

apam comei kembali..haha
ok, kali ni saya nak berkongsi resipi apam comei..
act resipi ni pun saya amik dari Encik Google..
so, setelah ditambahbaikkan terhasillah apam comei ni..

Bahan-bahannya :
1. Tepung gandum - 260g
2. Gula halus - 220g (saya guna 160g aje sbb letak filling)
3. Telur - 3 biji Gred A (haruslah dari peti sejuk) saya guna 4 biji telur gred D/E
4. Susu cair / susu segar - 150 ml (saya gunakan susu segar DL perisa strawberi..hihi)
5. Baking powder - 3 sudu kecil
6. Ovalette - 2 sudu kecil (saya guna 2 sudu kecil supaya apam lebih lembut)
7. Esen vanilla - secukup rasa (saya guna 2 sudu kecil utk kurangkan bau hanyir telur)
8. Pewarna (ikut suka koranglah yea)
9. Filling (pun ikut suka korang)

Cara membuatnya :
1. Mula-mula, pukul telur sehingga kembang (dgn kelajuan paling maxima). - Gambar 1
2. Masukkan gula dan kacau kembali (dgn kelajuan minima). - Gambar 2
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Teruskan kacau adunan. - Gambar 3 & 4










5. Masukkan 3 sudu kecil baking powder. - Tiada dalam gambar
6. Masukkan 2 sudu kecil ovalette. - Gambar 6
7. Campurkan 2 sudu kecil esen vanilla. - Gambar 7












8. Adunan dah pun siap..!!
9. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut citarasa korang.
10. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Filling pun letak dalam piping bag sekali yea.
11. Susun mangkuk kertas (paper cups) di dalam bekas acuan lompang (bekas merah tu).

















12. Didihkan air di dalam kukus terlebih dahulu.
13. Sambil tu, pipingkan adunan 1/2 daripada mangkuk kertas. Kemudian letakkan filling.
13. Tutup kembali dengan adunan sehingga penuh (jgn terlalu penuh yea..agak-agakla cz nanti dia nak kembang)
14. So, dah siapkan..apa lagi, kukuslah sampai masak yea..(dalam 10-15min)

Inilah hasil kreativiti saya..hihi..comei x?? :)
















# utk buah oren tu saya letakkan filling orange dan buah kiwi pulak saya letakkan filling kiwi..
Best..!! hihi..
Senang je kan..Selamat Mencuba..!! >_<

Wednesday, October 10, 2012

Conteng-conteng

Assalamualaikum..

taraaa..
apam comei kembali lagi..hihi
ok, inilah hasil selepas 3 kali cubaan..
konon-konon nak tunjuk kreatif sangatlah ni..
so, inilah hasilnya..
macam-macam rupa ada..
buah strawberi, kiwi, tembikai (xberapa nk jadi), bug dll..

ini gambar selepas contengan dibuat


dan yang ni pulak selepas apam dikukus


comei tak??
bila dah jadi macam ni rasa sayang pulak nak makan..hihi
so, dah boleh buat bisnes ke belum erk??
haha..berangan pulak..

Hobi Baru

Assalamualaikum...
hai hai hai..
saya nie sekejap ada sekejap xde kat blog ni kn..hee
al-maklumlah, kemalasan melanda..
hari ni tiba-tiba datang pulak mood nak mengedit blog comel ni..haha

tadaaa...
blog saya sudah berwajah baru..
*>_<*
so, mood pun baru jugaklah..
hihi..

erm, bercerita tentang hobi baru..
nak tau ke?? hurmm..
hobi ke?? tahlah..
sebenarnya cuma keinginan mencuba aje..
so dipendekkan ceritanya..
saya ni dah lama teringin sangat buat apam polkadot..
tengok org buat nampak kiut miut sangat..
jadi, baru-baru ni saya pun carilah resipi di Google n tgk video di Youtube..
jumpa tu memanglah jumpa..
tapi nak membuatnya, xtaulah apa yg akan terjadi..haha

bila bahan-bahan yg diperlukan dah ada, operasi pun bermulalah..
ok, utk kesekian kalinya..cubaan pertama saya gagal..sedih jgaklah :(
sebab apa gagal, xpastilah..mungkin bahan-bahan dicampurkan xikut turutan yg betul..
tapi xpe..saya nak cuba lagi..
so, esoknya saya buat lagi..cubaan kedua jadi jugaklah tapi saya guna 1/2 adunan aje..
sebabnya takut membazir lagi..hihi

bila dah seronok buat apam ni, saya pun buat lagi selang seharinya..
Alhamdulillah cubaan ketiga betul-betul menjadi..
gembira sangat!!~ haha..
so, xsia-sia saya mencuba lagi..

Cubaan 1


Cubaan 2













Cubaan 3













nyum nyum *_*
*filling nya adalah blueberry..bukan blackberry yea..hii~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...